Hana not feeling well

By: miwqa

Apr 19 2011

Tags:

Category: Aisyah, Children/Anak-anak, Hospital

Leave a comment

Aperture:f/4
Focal Length:35mm
ISO:100
Shutter:1/0 sec
Camera:NIKON D40X


Salam.Well,she’s having a fever again. Hana just had it last month. I bet either Viral URTI or Tonsilitis all over again. When thinking about it, I never made any attempt to look into her throat nor had I listen to her chest, as I would if any other child came to see me in the Hospital. (to look for sign of common child’s illness)

You know,your child will struggle and nauseated when any doctor stick a tongue depressor down to their throat.(to look for Tonsil enlargement or flare). I will do it to other children, as a dedicated doctor LoL; but as a dad, I wouldn’t. Hey they say that doctors shouldn’t treat their family anyway.

Okay,no I’m switching to Bahasa as this topic will cover our general Hospital visit. Hey I’m helping my colleague on reducing the traffic to Hospital.

Persoalan,bila kita perlu bawa anak kita ke Hospital?

Ini pandangan aku sebagai doktor kecemasan yang junior. Aku seorang doktor yang baik hati (perasaanku). Semua pesakit dilayan sama rata sama ada yang datang memaki hamun kerana isterinya cirit-birit atau yang datang berlakon untuk MC (pasti tak ramai…………..ke?).Yup,ramai lagi yang datang kerana sakit serius yang perlu diberi perhatian.Yup..Yup…err.

Kanak-kanak adalah antara pesakit yang kerap datang ke Hospital. Sebab? Mereka kecil,bila kecil sistem pertahanan badan baru nak belajar kenal penyakit kat dunia ni. Bila mereka kecil, mereka suka berkongsi,kongsi mainan,kongsi makanan juga kongsi ibu ayah?. (almaklum ibu ayah sibuk pergi kerja hantar pengasuh yang juga ibu kanak-kanak lain). Aku nak cakap badan mereka pun suka kongsi penyakit.

Abu kanak-kanak berusia 3 tahun. Dia demam dan selsema masuk hari kedua (baru malam tadi batuk-batuk).Musim hujan dan tidur dalam aircond pulak tu, kanak-kanak moden. Paginya si ibu bertanya pada ayahnya, ” bang,anak kita demam,jom bawa ke klinik,tak pun ambil cuti jaga dirumah”. Bapa seperti aku (tetapi bukan aku) menjawab, ” lepas kerja la ya,cuti? Cuti sakit abang dah nak habis.

Abu dihantar ke pusat asuhan mungkin sebuah Taska yang dirahsiakan yang menempatkan 10-20 kanak-kanak. Abu diberi masa 6 hingga 8 jam untuk ‘berkongsi’. Kata Abu kepada Ali, ” Hi,Haachoom”. Kata Ali kepada Ahmad “Hachoom”. (Esoknya soalan sama berulang untuk ibu ayah yang berlainan kerana perkongsian pintar ini.)

Petang itu, Abu dibawa ke Klinik (nama dirahsiakan-tempat buat locum). Doktor cek apa yang patut.(bukan macam drama TV selalu buat yang tak patut,geram,patut hire aku jadi penulis layar). Abu diberi nasihat supaya minum air masak banyak-banyak, dibekalkan ubat PCM dan ibu bapa Abu dinasihatkan sekiranya demam masuk tiga hari,sila bawa ke HOSPITAL. Sebelum keluar pintu (jika doktor berilmu),”Encik,kita berusaha,Allah yang menyembuhkan”.

Korang nak baca lagi ke? Aku penat nak tulis.

Dijadikan cerita, malam itu Abu demam tinggi,setinggi gunung. (Kalau ikut thermometer demam tinggi bermakna 38*C keatas-bapa Abu tiada alat ini.). Tidak dapat tidur, menangis. Abu diberi ubat PCM oleh bapa, tetapi bapa terlupa dos, jadi kurang ubat diberikan. Sigh.

Malam ini malam kedua Abu demam. Oleh sebab risau, Abu dibawa ke Hospital jam 3 pagi. Kenapa tak 4 pagi ke, 5 pagi ke tak pun tunggu esok ke. Sebab, risau. Siapa yang takde anak tak akan tahu.Lagi-lagi bila anak pertama,jadi tiada pengalaman. Maka bertemulah mereka dengan doktor kecemasan junior yang baik hati.(Setelah setengah jam menunggu,doktor main nyorok-nyorok kerana pesakit dilabel Green 3, bermakna doktor ada 90minit untuk melihat pesakit ini).

Di TRIAGE (tempat pertama dilawati ketika di kecemasan, point vital diperiksa). Suhu badan Abu 37.9*C.Disini juga pesakit dilabel sama-ada Yellow (masuk segera),Green 1,Green 2,Green 3. Kalau Green 4 atau 5 bermakna esok pun boleh tengok jika pesakit lain ramai.(maka silalah jumpa doktor di klinik berhampiran ya wahai empunya diri yang dilabel Green 4 dan 5).

Abu dihantar pulang setelah bertemu doktor junior. Doktor junior gembira kerana tidak makan gaji buta di waktu oncall.Ke? Alhamdullillah.

Okay folks, tips mudah untuk membuat keputusan bawa Abu anak ke Hospital.

1. Anak demam panas sehingga sawan,sila bawa secepat mungkin. (Kene tahu juga apa itu sawan)
2. Anak demam panas masuk hari ke-tiga bagi mengelak kemungkinan denggi.
3. Anak demam panas, menangis tidak berhenti-henti,dipujuk tidak berhenti tangisannya.Pendek cerita, tidur pun taknak sebab menangis yang sangat-sangat menangis.Sila bawa ke Hospital,ditakuti jangkitan selaput otak (meningitis).

Jika anak demam, silalah dan tolonglah tuamkan badannya kalau tak nak bagi PCM pun. Kesian anak, kalau dah kene sawan masalah lain pulak timbul. Silalah beli thermometer, risiko untuk sawan sekiranya suhu menghampiri 40*C.

Apepun, kalau risau, bawa jelah ke Hospital. Harapnya ramai lagi doktor yang baik hati disana yang menanti.
Allahua’lam.

Above: Hana asks for PCM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: