Reposting

Wednesday (20/8/03)

Information Age
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah swt.Ucap selawat dan salam utkmu Rasul Junjungan.Akhirnya setelah beberape kali berusaha memaksa diri,aku memmulakan weblog untuk diriku.Ni semua pengaruh korang la ni nak sangat aku buat weblog(especially mueez,katun),so aku pun buatlah.biar sikit lame-lame jadi bukit.juga salah satu objektif,untuk menyahut seruan era IT haha mcm buat kertas kerja zaman-zaman skolah dulu la pulak.So aku plan nak buat yang simple-simple je dulu.

Subuh
pagi ni best betul,aku berjaye solat subuh berjemaah.Mujur ade orang kejut :P.Teringat pulak kata Naqib aku,Ustaz or Muallim Sukri Syarif yang jugak bekas pengetua sekolah menengah,”kalau antum berjaya laksanakan solat subuh berjemaah,nescaya solat-solat fardhu lain takkan ade masalah untuk berjemaah,sebab solat subuh tu la yang paling susah”.Kaifiat solat berjemaah,huuu tak terkira,selain 27 darjat lebih baik dripada solat sorang-sorang,jugak membantu kalau-kalau dalam solat tu tak berape khusyuk..tidak le tanggung sorang.pernah gak denga solat jemaah ni macam minum air dari gelas.kalau solat sorang-sorang ade satu gelas air,kalau tak khusyuk air tu boleh jadi separuh atau kurang dari separuh.kalau solat jemaah..ibarat kita ada banyak gelas air,kalau pun semua gelas air tu kurang dari separuh,dicampur-campur pun dapat penuh.tapi jangan pulak bayang sorang je dapat minum air yang penuh tu yang yang lain tak dapat hape,lurus bebeno.

haha lupe baca ma’thurat…

Kalamullah
After subuh sempat lah jugak aku mengulang Surah Yasin dan habis mengulang Surah Ma’idah.huuu penat betul,tak macam dulu-dulu ka tahfiz.dulu memang aku diperuntuk masa untuk hafal,mengulang.sekarang on your own.If u want to,struggle and strive for it.tu yang Ustaz Muhaimin kata nak hafal senang nak jaga susah.aku kadang-kadang malu gile kalau orang panggil aku al-hafiz ke,rasa macam tak lyak.yelah lebih sesuai aku dipanggil al-habis hehe.ape apepun aku patut peruntuk masa lebih-lbih lagi untuk Al-Quran,especially time-time cuti camnih,maunya kene lead lagik solat tarawikh.

woo aku kene ingat orang macam aku ni la yang orang akan carik.hehehe teringat aku time dah habis matriks,aku punye la nyorok identiti aku so that peoples would not know and find me.tapi tu sume macam sorok bangkai gajah dengan pelepah kelapa,(kemudian diperbetulkan oleh sorang kawan lebih sesuai di peribahasakan dengan”bagai nak tutup bau telaga minyak wangi :p).Last-last jadik jugak imam tarawikh..huuu.and again sebelum flu gi ireland second attempt had been done to sorok my identity as penjaga kalam,kantoi senang-senang je dengan Syafiq Ayman.Ni kantoi masa kat PWTC ade program pre-depatchure ireland’s students.Bila aku tanye camne ko tau,die jawab tengok rupe dah tau hehe cheh.Lagipun my x colleague kat tahfiz dulu penah duduk satu bilik dengan syafiq ayman kat intisar.padan la…

Makan
huu lepas ni nak pekena roti canai,lapa pulak.Mamak..roti canai satu,teh tarik satu.Mane dapat kat dublin hehehe.Tu kat dublin tengok internet buat sendiri roti canai walaupun tak se’kaw’ kat kedai mamak,terubat la rindu tu jugak hehe.korang nak?oder la 😛

Things to do
chewah my first log so seem a bit semangat sikit tulis banyak-banyak.jangan lupa harini ade usrah,kene buat preparation sebab aku kene bentang Usul ‘Isyrin (usul 20).

Ikan
hoo lupe plak bagi makan ikan,huii ikan ni makan 8 kali sehari.Banyak betul makan,kalau tak bagi makan tu yang asyik mati jek.Nanti sian plak ade orang tak dapat tengok :P.Anyway bayangkan betapa pemurahnya Dia,ulat dalam batu pun ade makanan sendiri.so bersyukurlah..bersyukurlah..bersyukurlah.

Posted by Miwqa 7.00am

Aghh Help Me Fix This Network Probss

waaa tensen-tensen,baru je semangat nak publish weblog aku nih.Tapi site blogger.com tak boleh bukak pulak.Aku rasa problem dekat network settings pasal aku network kan dengan satu lagi kat komputer yang sekarang ayah aku tengah buat kerja kat situ.Aku dah try setkan what were necessary but nothing happened.wei sape-sape tolong la fixkan,tanye mueez die tak tau pulak.Bukan blogger.com,yahoomail,danchan pun tak bleh.Dekat host computer boleh.

Posted by Miwqa 12.42am

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: