Battersea Carboot Sales

Berpeluang melawat carboot sale di kota london pada hujung minggu yang lalu. Carboot yang terletak di berdekatan Battersea park terletak di bahagian Chelsea London. Carboot disini tidak sebesar carboot yang dianjur di ladang-ladang atau padang pada bahagian lain di UK ini tapi cukup sebagai tatapan untuk mereka yang ingin merasai pengalaman suasana seperti jni. Barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai majoritinya dari pakaian, gambar dinding, pinggan mangkuk antik, dan kasut. Harga murah dan boleh tawar. Oh nak masuk kene bayar. £5 untuk jam 1130am, £3 untuk 1230pm dan 50p selepas jam 130pm.

Lepas pergi carboot sale boleh la melawat Battersea Park yang menawarkan pelbagai aktiviti pada musim panas dari menaiki sampan, berbasikal, dan memberi makan haiwan di tasik yang ada.

%d bloggers like this: